Saturday, February 19, 2011

Menu Nasi Ayam on weekend

Saja merajinkan diri nak masak Nasi Ayam semalam untuk lunch. Cepat2 masak sebab nak bagi Abang makan sebelum gi solat Jumaat. Simple je buat Nasi Ayam ni, lebih cepat dan mudah daripada masak nasi dan pelbagai jenis lauk-pauk. Resipi ada di sini.



Malam semalam tanya Abang, "Nak makan apa plak malam ni?" Abang jawab, "Makan nasi ayam tadi la, sedap....!" Alhamdulillah, ini lah kebahagiaan seorang isteri...


Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

Resipi: Sup Ikan Jenahak



Bahan-bahan: (untuk 2-3 orang makan)

Seketul Ikan Jenahak (kalau besar sangat, boleh bahagi 2)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis) - lebih sikit pun takpe untuk hilangkan bau hanyir ikan
3 biji lada hitam (ditumbuk halus)
3 cawan air
1 batang saleri atau daun sup
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Rebus kesemua bahan yang dihiris. Bila mendidih, masukkan ikan. Biarkan sehingga masak dan mendidih, masukkan batang saleri yang telah dipotong. Kemudian masukkan garam dan juga lada. Bila dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan. (Kalau takde batang saleri, hiris daun sup, tabur atas sup).

Sedap dihidangkan bersama Sambal Kicap



Bahan-bahan:

1 ulas bawang putih
5 biji cili api
Kicap Manis
Limau Nipis

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang bersama cili sehingga lumat. Perahkan sedikit air limau nipis. Tuang kicap manis mengikut sukatan anda sendiri. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

Ulam sesuai untuk buat kerabu

Dalam entri yang lepas, saya ada bagi resipi nak buat rencah kerabu kan. Ada yang bertanya ulam-ulam ape yang sesuai nak campur bersama. So, dalam entri ni saya bagi cadangan ulam apa yang sesuai untuk campur-campur...

First thing, kenali dulu jenis-jenis ulam ni ya. Semua gambar saya guna khidmat En.Google je

Daun Pegaga.
Ada 2 jenis kan, tapi yang ni lebih sesuai buat ulam. Yang lagi satu tu, jadi hiasan cantik la tapi sesuai buat air pegaga.

Daun Putat

Pujuk Gajus

Daun Selom
Daun yang terkenal makan dengan laksa tu...

Tauge

Pucuk Kaduk
Jangan terkeliru dengan daun sirih ya. Walaupun rupa hampir sama, bau dan rasa amat berbeza. Silap makan sirih, panas lidah nanti, hehe...

Kacang Kelisa atau Kacang Botol

Jantung Pisang
Basuh bersih-bersih dan rebus dulu ya!
  1. Kerabu Tauge + Kerang
  2. Kerabu Tauge + Perut (Lembu)
  3. Kerabu Perut
  4. Kerabu Pegaga + Daun Selom
  5. Kerabu Pucuk Kaduk + Daun Putat + Pujuk Gajus
  6. Kerabu Kacang Kelisa
  7. Kerabu Kacang Kelisa + Tauge
  8. Kerabu Pegaga
  9. Kerabu Daun Selom
  10. Kerabu Jantung Pisang
Actually, terpulang pada selera individu nak campur apa2pun. Ni sekadar cadangan hidangan je. Sedap kerabu ni. Kalau makan ratah pun sedap, nasi panas lauk kerabu pun dah cukup. Memang membuka selera lah!

Ada cadangan lain untuk buat kerabu? Share la!

*Ingat! Semua ulam hiris nipis2 kecuali tauge dan jantung pisang. Tauge tu cuma buang ekor je, jantung pisang plak potong kiub pun takpe....

SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

Monday, February 14, 2011

Resipi: Pengat Pisang (kali ni ade sukatan, =p)

Hehe, hari tu saya bagi resipi main agak-agak je kan. Kesian kat orang yang nak cuba buat. Semalam saya buat pengat pisang lagi. Dan saya dah sukat betul-betul dah untuk memudahkan korang...

Bahan-bahan:

Sesikat pisang nangka (separuh masak)
3 cawan air
2 helai daun pandan (basuh & simpulkan)
Santan (saya guna kelapa parut RM2, blend dan ambil santannya)
4 sudu besar sagu
1 sudu besar gula merah
6 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Mula-mula potong pisang kecil-kecil kemudian masak bersama air dan daun pandan sehingga mendidih. Biarkan pisang lembut sedikit.
  2. Kemudian masukkan santan dan juga sagu (lepas basuh sagu, terus masukkan dalam periuk). Biarkan seketika sehingga mendidih.
  3. Setelah itu, masukkan gula merah dan gula putih. Masukkan garam untuk sesuaikan rasa pengat pisang.
  4. Siap! Agak-agak rasanya dah sedap & sesuai, boleh la hidang. Hati-hati billa makan, pisang mungkin masih panas walaupun kuah nya dah sejuk.
*Sesuai untuk hidangan minum petang, untuk 6-10 orang makan pun boleh.

SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

Sunday, February 13, 2011

Resipi: Kerabu Ulam-Ulaman

Berselera tak tengok kerabu? Kalau kat utara ni, kami paling berselera makan dengan kerabu ulam-ulaman dan lain-lain kerabu cara orang kampung ni. Selain kerabu ulam-ulaman, ada gak yang buat kerabu perut, kerabu kerang. Macam-macam jenis kerabu la. Yang pasti, sangat berbeza dengan kerabu mangga ataupun som tam ala-ala thai tu.

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang makan):

Bahan-bahan untuk blend:
300gm udang kering
5 tangkai cili merah
9 tangkai cili api
1 sudu besar kerisik (Kerisik RM1)
Santan pekat (anggaran saya santan RM2)
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Udang kering

Cili Merah & Cili Api

 Kerisik

 Santan pekat

Nota: Saya lupa amik gambar rencah kerabu yang telah siap di blend. Tapi ia tak terlalu cair dan agak likat sedikit. Jika susah nak blend, tambah santan atau sedikit air. Warna bila dah siap blend tu macam jingga sket.

Bahan-bahan ulam:
Bergantung pada selera masing-masing. Boleh campur macam-macam jenis ulam.

Cadangan:
Pegaga
Daun Selom
Tauge
Daun Putat
Pucuk Kaduk

Nota: Daun-daun ulam perlu dihiris nipis kecuali tauge.

Bahan-bahan untuk digaul bersama kerabu:
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ekor ikan kembung direbus tawar dan dihancurkan isinya.
1 tangkai bunga kantan dihiris nipis - bergantung pada selera. Saya suka ada rasa dan bau bunga kantan.
1 biji limau nipis perah dan ambil air nya

 Bawang Besar dihiris nipis

Ikan Kembung direbus tawar & hancurkan isinya

 Limau Nipis diperah dan ambil airnya


Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan tadi sehingga rata. Perah air limau nipis secukup rasa. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam secukup rasa.


Nota: Jika kerabu tauge, lagi sedap kalau campur dengan isi kerang rebus.
Nota: Sedap dimakan bersama nasi panas atau ratah begitu saja...
Nota: Saya buat kerabu ni untuk kenduri di rumah MIL saya tengahari semalam. Sebab tu bahan-bahan2 dalam ni nampak banyak dari resipi yang saya bagi. Saya buat banyak semalam.

SELAMAT MENCUBA!
Gambar selingan:

 Saya suka kupas bawang siap2 dan simpan dalam peti sejuk. Senang nak diguna terus bila balik kerja petang2 nak masak. Yang pasti si kecil ini akan sentiasa menolong Umminya di dapur, hehe...

Photobucket

Saturday, February 12, 2011

Aktiviti Anas di dapur

Jom usya ape la anak teruna Ummi yang rajin ni buat kat dapur bila Ummi memasak. Hanya terjadi bila Abah die takde di rumah ya...

 Hm, ape la yang dia buat agaknya tu?

 Dia suka main klip2 plastik tu susun dalam lubang kat stool tu. Setiap kali masuk dapur, itu la yang dia cari dan buat.

Saya sangat kreatif. Lepas main, saya simpan balik. Saya tak biarkan sepah2 sebab saya tahu Ummi letih. Saya sayang Ummi dan kesian kat Ummi sebab tu saya kemas sendiri...

Selain tu, pantang nampak Ummi pegang lesung batu. Mesti dia akan datang meng'offer'kan diri, "nak olong!". Pastu Ummi akan letak tangan dia atas lesung, tangan Ummi plak genggam atas tangan dia dan kami menumbuk bersam-sama. Anas sangat suka, tersengih-sengih, "Ummi, Ummi, olong..." Nak cakap dia best sebab dapat tolong Ummi. Thanks sayang!

Tadi kan, masa Ummi kupas nenas, dia pun sibuk2 tau. Ummi tak bagi dia main sebab kulit nenas kan tajam. Pastu dia macam tak puas hati sebab Ummi tak bagi main. Pastu dia campak2 kan kulit nenas tu. Hadoi! Masa tu baru je mop lantai dapur. Geram sangat tau kat budak kecik tu... Tapi sabar, sabar... Then bila dah selesai, Ummi nak balut sampah dalam surat khabar, Ummi pun suruh dia kutip balik yang dia campak2 tadi. Ummi tanya dia, "Anas tak kesian kat Ummi ke? Ummi letih la nak kemas banyak2.." Pastu dia pun kutip kulit nenas tu, taruk dalam surat khabar dan datang cium pipi Ummi sambil cakap, "Tian Ummi..." Wah, terharunya..... Sayang anak Ummi!

Photobucket

Resipi: Sayur Kacang Bendi Goreng


Bahan-bahan: (unutk 2 orang makan)

5 batang Kacang Bendi
1 batang Cili Merah
Sejemput Ikan Bilis
1 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
Sedikit Air Asam Jawa
Sedikit Air
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
  1. Tumbuk Cili Merah, Bawang Merah, Bawang Putih dan Ikan Bilis sehingga hancur.
  2. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga garing.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan tambah sedikit air.
  4. Sesuaikan rasa dengan garam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tutup kuali dan biarkan kacang bendi sedikit layu. Bila agak layu, tutup api dan sedia dihidangkan.
Petua: Untuk kurangkan lendir kacang bendi, potong kacang bendi sejurus sebelum masuk ke dalam kuali. Jangan potong awal-awal.

SELAMAT MENCUBA!

Bonus: Resipi Sambal Belacan


Saya tahu sambal belacan kita mesti berbeza2 rasanya kan. Kalau kita pergi kedai2 makan pun, rasa sambal belacan setiap kedai mesti tak sama. Sambal belacan mak mertua saya pun tak sama dengan sambal belacan saya dan Ummi saya. Ini sambal belacan versi saya dan Ummi saya, juga adik2 saya, (",). Kalau nak cuba, silakan. Nanti share resipi sambal belacan versi korang plak ya!

(Untuk 2 orang makan)

1 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
1 inci belacan
Sedikit air asam jawa
Perahan air limau nipis atau limau kasturi

Tumbuk cili merah, cili api dan belacan sehingga lumat.  Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan perahan air limau.

Nota: Saya lebih suka perah limau kasturi.
Nota: Mak mertua saya guna hanya cili api. Memang pedas. Saya sendiri tak berani makan sambal belacan mak mertua saya, =p
Nota: Ada yang blend kan?



Photobucket

Resipi: Sambal Tumis Udang


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

100g Udang Besar
1/2 biji bawang besar dihiris
Bahan untuk tumis:
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili mesin
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
  1. Basuh udang sehingga bersih. Tak perlu buang kulit.
  2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau, garing dan kekuningan.
  3. Masukkan cili mesin. Tumis sehingga masak atau naik minyak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air. Untuk kuah lebih, lebihkan air. Biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan udang dan kacau. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan biarkan sehingga bawang layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

Resipi: Gulai Nenas Ikan Masin Utara



Ni adalah salah satu faveret my hubby. Dari sebelum kawen die cakap die suka gulai nenas ikan masin. Sejak tu saya belajar masak gulai nenas ikan masin ni dengan Ummi saya. Saya sangat suka gulai yang Ummi saya masak. Walaupun Ummi saya orang Selangor, tapi sebab dah lama kat Kedah, mesti la dia pandai masak gulai nenas ikan masin cara orang utara. Beza gulai utara & selatan ni, rasanya dari segi warna kot. Orang selatan nye gulai warna kuning, macam masak lemak. Betul tak?

Bahan-bahan: (untuk 2-4 orang makan)

Beberapa ketul ikan talang masin - anggaran dalam 200g - ambil bahagian tulang
1 biji nenas - dihiris nipis atau dipotong segi 3
1 paket rempah kari ikan kering
1 cawan air
Sedikit santan
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
5-10 tangkai cili kering (depends pada citarasa masing2) - dipotong serong
2 tangkai daun kari
Sedikit garam / gula (bergantung pada rasa) - Selalunya gulai dah masin dengan rasa ikan masin.

Cara memasak:
  1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masak di atas periuk tanpa minyak (tak perlu tumis).
  2. Apabila rempah kari dah masak, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan nenas, biar nenas masak bersama rempah kari.
  3. Tambah air untuk kuah. Kemudian masukkan ikan talang masin. Biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan sedikit santan. Biarkan sehingga mendidih. Sesuaikan rasa gulai dengan garam atau gula.
  5. Sambil tu, tumis bawang merah, cili kering dan daun kari bersama sedikit minyak sehingga agak layu dan garing.
  6. Kemudian masukkan kesemua bahan tumis ke dalam gulai yang telah masak. Kacau sebentar dan tutup api. Sedia dihidangkan.

 Hirisan bawang merah, cili kering dan daun kari

 Ditumis dengan sedikit minyak masak

 Masukkan semua bahan yang telah ditumis ke dalam gulai. Kacau sebentar dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

Lauk lunch tadi yang diserikan bersama:

 Sambal Tumis Udang

Sayur Bendi Goreng

Ikan Kembung Goreng


Sambal Belacan

Nota: Semua gambar diambil guna kamera handphone je. Kurang seri sikit la jadinya.
Nota: Coming up next. Resipi Sambal Tumis Udang & Resipi Sayur Bendi Goreng.
Photobucket

Wednesday, February 9, 2011

Resipi: Daging Masak Kicap

Boleh dikatakan ni first time Ummi masak daging seumur hidup Ummi. Kalau setakat perap daging untuk bakar tu, dah biasa dah la... Kalau nak tahu Ummi kurang sikit makan daging sebab Nenda Anas takleh makan daging. Kami ni dari kecik mmg makan daging kat rumah sekali je dalam setahun, masa musim raya haji. Kalau kat kenduri kendara tu, biasa la.Cuma Nenda tak masak sendiri sebab dia allergy dgn daging lembu. Tu la sebabnya kami pun jarang makan daging.

Tapi Nenda pandai masak daging. Cuma dia takleh rasa la. Daging lembu berbisa dengan kulit dia. Ummi paling suka sup daging selain daging masak kicap.

Nak cite pasal Ummi masak daging plak. Sebenarnya Abah beli daging ni dah lama. Banyak plak tu. Niat Abah nak suh Ummi perap untuk bakar je sbb Abah tahu Ummi tak pernah masak. Tapi bakar dalam oven tak best la. Nak bakar guna arang, takde masa la plak. Last2 Ummi google resipi masak daging.

Jumpa la 2 resipi yang best dan gambarnye pun dah membuka selera. Terus follow blog Jintan Manis ni... Ummi search Daging Goreng Kunyit & Daging Masak Kicap untuk Ummi cuba masak sendiri. Asalnya Ummi nak buat daging goreng kunyit je tapi dok pikir takde kuah la plak. So, tukar masak daging masak kicap. Ummi buat kuah sikit je tak banyak mcm Cik Ros buat tu.

Daging masak kicap versi Ummi
~teknik Cik Ros amik gambar tu menarik la, nak kena follow nih!~

Resipi asal Daging Masak Kicap dari blog Cik Ros

Versi Ummi-main campak2 je... hehe... (Sebenarnya campur2 dengan cara Cik Ros masak Daging Goreng Kunyit)

Bahan-bahan:

400gm daging boneless (hiris nipis-tak terlalu nipis la)
1 inci halia - hiris nipis
1/2 biji bawang besar - kisar halus
1 biji bawang putih - kisar halus
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Kicap manis
Kicap pekat
2 batang cili hijau atau capsicum
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara memasak:
  • Potong daging, basuh dan toskan. Kemudian rebus bersama hirisan halia sehingga empuk. (Cara Nenda Anas-goreng atas kuali tanpa air, nanti air daging tu akan keluar)
  • Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang yang dikisar halus sehingga naik bau dan agak garing.
  • Masukkan kicap pekat & kicap manis. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama air rebusan sekali. Masak sehingga empuk dan kuah kicap menjadi pekat.
  • Masukkan garam, sesuaikan rasa. Kemudian masukkan bawang dan cili hijau. Bila bawang dan cili hijau dah agak layu, tutup api. Sedia dihidangkan!

*Sebenarnya nak bagi daging empuk tu, kena tengok pada jenis daging jugak kan? Betul tak?


Photobucket