Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
100g Udang Besar
1/2 biji bawang besar dihiris
Bahan untuk tumis:
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili mesin
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Basuh udang sehingga bersih. Tak perlu buang kulit.
- Tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau, garing dan kekuningan.
- Masukkan cili mesin. Tumis sehingga masak atau naik minyak.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air. Untuk kuah lebih, lebihkan air. Biarkan sehingga masak.
- Masukkan udang dan kacau. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bawang besar dan biarkan sehingga bawang layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment