Sunday, February 13, 2011

Resipi: Kerabu Ulam-Ulaman

Berselera tak tengok kerabu? Kalau kat utara ni, kami paling berselera makan dengan kerabu ulam-ulaman dan lain-lain kerabu cara orang kampung ni. Selain kerabu ulam-ulaman, ada gak yang buat kerabu perut, kerabu kerang. Macam-macam jenis kerabu la. Yang pasti, sangat berbeza dengan kerabu mangga ataupun som tam ala-ala thai tu.

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang makan):

Bahan-bahan untuk blend:
300gm udang kering
5 tangkai cili merah
9 tangkai cili api
1 sudu besar kerisik (Kerisik RM1)
Santan pekat (anggaran saya santan RM2)
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Udang kering

Cili Merah & Cili Api

 Kerisik

 Santan pekat

Nota: Saya lupa amik gambar rencah kerabu yang telah siap di blend. Tapi ia tak terlalu cair dan agak likat sedikit. Jika susah nak blend, tambah santan atau sedikit air. Warna bila dah siap blend tu macam jingga sket.

Bahan-bahan ulam:
Bergantung pada selera masing-masing. Boleh campur macam-macam jenis ulam.

Cadangan:
Pegaga
Daun Selom
Tauge
Daun Putat
Pucuk Kaduk

Nota: Daun-daun ulam perlu dihiris nipis kecuali tauge.

Bahan-bahan untuk digaul bersama kerabu:
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ekor ikan kembung direbus tawar dan dihancurkan isinya.
1 tangkai bunga kantan dihiris nipis - bergantung pada selera. Saya suka ada rasa dan bau bunga kantan.
1 biji limau nipis perah dan ambil air nya

 Bawang Besar dihiris nipis

Ikan Kembung direbus tawar & hancurkan isinya

 Limau Nipis diperah dan ambil airnya


Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan tadi sehingga rata. Perah air limau nipis secukup rasa. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam secukup rasa.


Nota: Jika kerabu tauge, lagi sedap kalau campur dengan isi kerang rebus.
Nota: Sedap dimakan bersama nasi panas atau ratah begitu saja...
Nota: Saya buat kerabu ni untuk kenduri di rumah MIL saya tengahari semalam. Sebab tu bahan-bahan2 dalam ni nampak banyak dari resipi yang saya bagi. Saya buat banyak semalam.

SELAMAT MENCUBA!
Gambar selingan:

 Saya suka kupas bawang siap2 dan simpan dalam peti sejuk. Senang nak diguna terus bila balik kerja petang2 nak masak. Yang pasti si kecil ini akan sentiasa menolong Umminya di dapur, hehe...

Photobucket

1 comment:

salwana said...

sedapnya kerabu ni..nak try la..TQ shira