Assalamualaikum... Dah lama tak menaip bermakna dah lama tak masak dan semakin kelu jari nak menari2 atas keyboard dan idea semakin kurang, huhu... Hari ni kandungan saya dah masuk 22 minggu, dah 5 bulan. Bermakna kata hampir 4 bulan jugak lah saya tak memasak. Rasanya baru 2 3 kali saya masak utk suami & anak2. Tu pun simple sangat. Saya tak alah muntah2 mcm saya pregnantkan 2 heroes saya sebelum ni. Tapi saya tak tahan bau masakan terutama bau goreng2 dan bau tumis kari. Kari pun dah kurang makan. Kalau kari ikan memang tak boleh makan langsung. Loya je rasa... Huhu...
Cukup lah yang tu sekadar intro. Sebab besday suami & ayah saya baru2 ni saya buatkan something special utk diorg, selain kek karamel saya tu. Saya buatkan diorg Quiche (sebut as Kish). Mula2 saya makan ni, kawan saya bawak masa usrah. Sedap! Terus mintak resipi, hehe...
Saya sebenarnya kan dah mula sakit2 pinggang skrg sbb memang ada masalah backpain. So, bila kandungan dah besar ni, kandungan menekan ke belakang menyebabkan pergerakan saya sangat2 terbatas. Ikutkan hati taknak buat apa2 masa besday suami n ayah saya hari tu. Tapi demi yang tersayang, saya gagahkan diri jugak... Gigih betul. Sampai pitam dlm bilik air, haha... Tapi malam tu tengok sekejap je Quiche tu licin, siap suami mintak buatkan lagi, rasa berbaloi pengorbanan dan rasa semangat sangat...
Saya post gambar dalam facebook dan ramai yang mintak resipi, tak kurang yang order mintak saya buatkan, hehe... Di sini saya kongsikan resipi nya ya... Resipi asal dari sini: http://www.diarikasih.com/2010/05/quiche-lorraine-for-hari-ibu.html?m=1
MakYong 5 bulan nak posing jgk dgn Quiche, hihi...
Saya dapat resipi dari kawan saya Dina, dan saya olah sikit2 utk blog ni ya...
Bahan untuk Base:
250 gm tepung gandum (ayak)
125 gm buttercup
2 sudu besar susu tepung
Air 6 sudu besar @ secukupnya
Cara buat:
1. Campur semua bahan kecuali air
2. Gaul sampai jadi crumble
3. Baru tambah air sikit2 smpai jd doh
4. Canai nipis , ltk dlm acuan . Bakar skjap dlm 15 min suhu 170°c
250 gm tepung gandum (ayak)
125 gm buttercup
2 sudu besar susu tepung
Air 6 sudu besar @ secukupnya
Cara buat:
1. Campur semua bahan kecuali air
2. Gaul sampai jadi crumble
3. Baru tambah air sikit2 smpai jd doh
4. Canai nipis , ltk dlm acuan . Bakar skjap dlm 15 min suhu 170°c
(Acuan Quiche ni jenis loose loyang tau. Senang nak keluarkan dari loyang bila nak hidang nanti)
(Kalau ikut tips dari blog Kak Ita Masam Manis, untuk buat doh, butter biar dalam keadaan sejuk keras, potong dadu, gaul dgn tepung sampai jadi crumble, then guna air ais. Saya ikut kelas Chef Alex Goh pun dia guna cara macam ni. So, yang saya buat hari tu ikut cara Kak Ita n Chef Alex)
Resepi filling:
1 biji bwg besar dicincang dadu
150 gm mix vege (oleh kerana anak2 dan suami tak suka mix vege, saya cuma parutkan carrot)
150 gm daging @ ayam cincang
2 sudu besar serbuk kari @ tomato puri
1 sudu besar sos cili
Salt & pepper secukupnya
1 helai bay leaf (daun salam)
125 gm butter
150 gm mix vege (oleh kerana anak2 dan suami tak suka mix vege, saya cuma parutkan carrot)
150 gm daging @ ayam cincang
2 sudu besar serbuk kari @ tomato puri
1 sudu besar sos cili
Salt & pepper secukupnya
1 helai bay leaf (daun salam)
125 gm butter
Cara:
1. Panaskan butter & tumis bawang. Masukkan bay leaf. Tumis sekejap kemudian masukkan tomato puri dan sos cili (sekiranya menggunakan serbuk kari, bancuh dulu serbuk kari - saya tak guna sbb tak tahan bau kari)
2. Tambah daging @ ayam. Bagi masak baru tambah sayur
3. Tambah salt n pepper secukup rasa. Saya tambah juga oregano & parsley (sebab dah ada di rumah)
4. Sejukkan
2. Tambah daging @ ayam. Bagi masak baru tambah sayur
3. Tambah salt n pepper secukup rasa. Saya tambah juga oregano & parsley (sebab dah ada di rumah)
4. Sejukkan
Resepi salt royale:
250 ml fresh milk
50 gm whiping cream Anchor
3 biji telur
Salt n pepper secukupnya
- campur semua & kacau sebati
50 gm whiping cream Anchor
3 biji telur
Salt n pepper secukupnya
- campur semua & kacau sebati
100 gm mozarella
50 gm parmesan cheese
@
150gm cheese utk pizza topping
50 gm parmesan cheese
@
150gm cheese utk pizza topping
1. Isikan filling dlm base td, taburkn cheese & tuang salt royale.
2. Bakar 25 minit suhu 170°c @ smpai masak
2. Bakar 25 minit suhu 170°c @ smpai masak
1 adunan Quiche ni banyak jugak untuk loyang saya yang bersaiz 9". Lebih tu saya buatkan Quiche saiz kecil camni. Dan ada lagi baki doh dalam peti sejuk.
Kek karamel ni plak dihias cantik untuk suami & ayah saya, sebagai pelengkap untuk sebuah majlis hari lahir secara kecil-kecilan. Mak saya buatkan BBQ sikit, tempah mee goreng mamak. Lengkap dan kenyang kami malam tu... Alhamdulillah...
SELAMAT MENCUBA!