Thursday, July 26, 2012

Kek Karamel (Karamel tebal)


Resipi Kek Karamel Pelangi (II)

(untuk resipi karamel nipis, di sini)
Bahan A (Gula hangus) +Kaedah
2-4 sudu besar gula biasa
*Cairkan gula dalam loyang dgn api perlahan, bila gula dah cair, ratakan ke seluruh permukaan loyang dan ketepikan. Gula akan mengeras bila sejuk
Bahan B (Karamel) + Kaedah
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih + kuning)
1 tsp esen vanilla
1 cawan susu cair F&N
1 cawan susu pekat F&N
*Kacau perlahan semua bahan ni (jangan sampai berbuih) dan tuang secara menapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

Bahan C (Meringue) + Kaedah
6 biji putih telur sahaja
70gm gula kastor (saya kurangkan jugak sedikit)
1 tsp cream of tatar
*Putar dengan kelajuan maksima semua bahan di atas sehingga kembang dan kental.

Bahan D (Lapisan Kek) + Kaedah
140gm Tepung Gandum
1 tsp Baking Powder (kalau ikut resipi asal, guna sudu KFC)
*Ayak dan ketepikan
3 biji kuning telur
70gm gula kastor (saya kurangkan jadi 60gm)
135 ml air
45ml minyak jagung
1 tbsp susu pekat (masukkan di akhir sekali - tujuan: nak tambah moist)
*Pukul semua bahan (telur+gula+air+minyak) di atas sehingga kembang, kemudian masukkan tepung dan baking powder yang diayak, Kacau sebati. Pastikan tepung tak berketul (sbb ada yg mengadu kat saya tepung berketul dan kek keras. Saya kacau guna whisk). Akhir sekali masukkan susu pekat dan kacau sebati.
*Kemudian campurkan bahan C ke dalam bahan D secara kaedah kaup balik sahaja. Cukup sekadar adunan itu sebati bersama.
*Bahagikan adunan kepada 3, warnakan dan perisakan mengikut citarasa masing-masing.

STEP BY STEP + TIPS
Sebelum mula apa2, senyum dan baca Bismillah dulu, (",)

Step 1: Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu.
Tip 1: Gunakan telur yang disimpan di dalam peti sejuk, lebih mudah untuk diasingkan. Tapi biarkan telur dalam suhu bilik sebelum digunakan. (Semua bahan pun haruslah dalam suhu bilik termasuk susu)
Step 2: Bahan A + Kaedah(*)
Step 3: Bahan B + Kaedah(*)
Step 4: Bahan C + Kaedah(*)
Tip 2: Untuk meringue, pastikan dalam putih telur tak ada setitik pun kuning telur masuk ke dalam nya. Pastikan juga, bekas yang digunakan bersih dari sebarang titisan air atau kesan minyak. Kalau tak meringue nye tak jadik.
Tip 3: Kalau nak tahu meringue jadi ke tak, bila diangkat pemutar, kite akan nampak meringue tu bertanduk tajam di hujung. Dan lagi satu, kalau kita terbalikkan bekas pun, meringue nye tak jatuh. Cuba la buat! (",)
(Cuba close up kat 'tanduk' tu)

Step 5: Tuang meringue ke dalam bekas lain. Tanpa perlu dibasuh bekas, teruskan dengan Bahan D + Kaedah(*)
Step 6: Panaskan oven pada suhu 180°c (agak2 dalam 10 minit sebelum bakar kek) dan masak air atas dapur (klu korg guna electric kettle, gune je la, hehe) - ada juga yg terus panaskan air dalam loyang yang lebih besar di dalam oven terlebih dahulu.
Step 7: Gunakan 3 senduk sama besar, ceduk adunan warna 1, tuang di tengah2 loyang (lapisan kek takkan tenggelam dalam lapisan karamel, Insya'Allah. Dan jika adunan tu lari, tarik je ke tengah balik). Kemudian ceduk warna 2, tuang di tengah2 adunan warna 1 tadi, kemudian ceduk warna 3 dan tuang di tengah2 adunan warna 2 tadi.
Step 8: Ulang ceduk ketiga2 warna sehingga habis.
Boleh tengok video di sini. Video ni dari senior saya dan juga sifu saya dalam pembuatan kek karamel ni, Kak Fazlinil Irma. Thanks a lot Kak Ema.
Step 9: Ambil loyang yang lebih besar dari loyang tadi, tuangkan air panas menggelegak tu dalam loyang besar. Kemudian, masukkan loyang kek ke dalam loyang besar. *Masa masukkan loyang kek dalam loyang besar berisi air panas tu, kita akan dengar bunyi crack dari lapisan gula hangus yang keras tu. **Ini kaedah steambake / water bath sbb nak elakkan lapisan gula karamel hangus dalam oven.
Step 10: Kurangkan sedikit suhu oven (160°c - 180°c) *suhu ni pun bergantung pada oven masing2.* Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar guna api bawah sahaja selama 45 minit pertama. 15 minit terakhir baru buka api atas bawah. Tapi boleh juga terus guna api bawah sahaja selama 1 jam.
Bila dah masak, tutup api oven, buka sedikit pintu oven, biarkan kek turun, mendap dan kecut dengan sendiri di dalam oven, agak2 kek dah mendap tu, keluarkan kek dari oven dan biarkan suam. Bila dah suam baru terbalikkan kek dari loyang. Masa ni mmg dup dap dup dap nak tgk kek karamel ni jadi ke tak, hehe... Samada kita akan senyum happy atau sedih bila tgk karamel tak jadik. Jangan sedih2, cuba buat lagi, study balik kat mana silap...(Pesan kawan saya Ashila Izz, jgn terbalikkan awal sangat nanti lapisan karamel pecah2...) Simpan dalam peti sejuk dulu, makan sejuk2 baru sedap...
Ni hasil selepas kerap buat kek ni... Purata masa yg saya gunakan 1 jam untuk membuat, 1 jam dalam oven dan 1 jam menunggu sejuk sebelum diterbalikkan dan sebelum simpan dalam peti sejuk. 3 jam tau amik masa nak buat kek ni... Saya sekarang terima juga tempahan sikit2... Untuk musim perayaan ni dah full... Alhamdulillah... =)



Photobucket

No comments: