Thursday, November 1, 2012

Resipi Si Manja: Pisang Ganache

Pisang Ganache Shira Shaakira

Pisang Ganache ni saya sediakan untuk potluck farewell party sekolah Anas, CIC Darul Aman. Hari Isnin lepas dapat surat dari his teacher bagitau ada jamuan. And parents diminta sediakan potluck untuk anak2 bawak. Yang paling penting teacher dia pesan minta parents bwk snack yg berkhasiat utk anak2 CIC. Disebabkan budak2 kan picky eater, sedikit choosy, saya agak pening ape yg sesuai, sihat dan berkhasiat utk anak2 CIC, yg plg penting, cukup nutrisi dan nak tarik minat diorang terhadap healthy food. So, sy belek la buku2 koleksi makanan utk si manja yg sememangnya byk dalam simpanan saya. Belek punya belek, saya tertarik dgn idea menyediakan Pisang Ganache ni...Kebetulan ada tempahan moist chocolate kek untuk hari ni, so saya lebihkan ganache ni sikit.

Bahan-bahan:
200g Coklat Masakan
100ml Whipping Cream
1/4 cawan Syrup Glucose / Madu
1 tsp butter
10 biji pisang berangan masak
Sedikit hiasan yang comel-comel (dlm resipi letak bijirin such as honey star, tp pagi td takde honey star)

Cara nak masak ganache:
  1. Parutkan coklat masakan atau potong kecil-kecil
  2. Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih, tutup api, dan masukkan coklat masakan. Kacau sehingga coklat cair.
  3. Masukkan syrup glucose atau madu, kacau lagi, akhir sekali masukkan butter, kacau sehingga butter cair.
  • Kupas kulit pisang - terpulang samada nak guna sebiji pisang terus atau potong kecil-kecil. Saya potong kecil-kecil la sbb nak memudahkan anak2 CIC terus makan je nanti
  • Letakkan pisang atas pinggan/mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan coklat ganache di atasnya dan taburkan hiasan.
SIAP DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ANAK-ANAK! (",)

Photobucket