Tuesday, March 15, 2011

Sambal Ikan Bilis + Tempe


Korang suka tak makan sambal ikan bilis + tempe ni?
Masa zaman dok asrama dulu, my mom selalu buat ni banyak2 bawak bekal balik asrama sbb tahan lama.
Hari2 makan dengan nasi sikit2 sbb takut cepat habis.
Kalau nak lebih tahan lama, bagi kering sikit sambal tumis tu.
Memang sedap la!
Saya pun kat rumah buat banyak2 simpan dalam bekas.
Kadang2 makan dengan roti buat breakfast.
Yang dalam gambar di atas tu, dah seminggu dah tu.
Memang tahan.


Photobucket

Monday, March 14, 2011

Omelette

Yang ni omelette dari chef Rahim a.k.a my uncle

Try buat omelette sendiri plak. Amik tips dari my uncle...

my omelette.... boleh la, huhu...

Saya taruk cheese di tengah. Sebab my lil Anas sangat suka cheese...
Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

Resipi: Capati

Dinner kami sekeluarga malam ni. En.Hubby jemput sekali PIL dtg makan kat rumah.

Bahan-bahan: (doh untuk 4-5 orang makan)

1 1/2 cawan Tepung Atta (boleh didapati di kedai mamak/kedai India)
1 sudu kecil marjerin
Garam secukup rasa
3/4 cawan air

Cara menguli doh:

Sebatikan marjerin dan garam bersama tepung Atta. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat. Biarkan semalaman dan ditutup dengan kain lembap.

Bila nak canaikan tu, doh yang dibiarkan semalam tu akan lembut dan gebu. Gunakan tepung atta untuk elakkan doh melekat ketika dicanai.

doh yang telah siap diuli dan dibiarkan beberapa jam
(saya uli doh petang tadi lepas balik kerja, malam baru canaikan)

gunakan tepung atta sedikit ketika mencanai untuk elak melekat

siap dicanai dan bersedia untuk diletak atas api

letak je atas kuali leper ni, tak perlu minyak ya...
capati akan mengembung sikit, balikkan berulang-ulang sehingga masak. jangan sampai hangit tau!
lepas dah angkat & sebelum letak yang baru, sapu dulu habuk2 tepung yang tertinggal atas kuali tu.

siap untuk dihidangkan!

SELAMAT MENCUBA!


Photobucket

Sunday, March 6, 2011

My sister's birthday

First time nak story menu yang bukan dari dapur saya sendiri. Tapi kali ni masakan Ummi saya. Kiranya 'dari dapur Ummi saya' la.... Hari Khamis lepas Ummi saya buat simple 'makan-makan' sempena besday adik saya yang no.3, Kak Chik....


Kek Besday ~cheese cake~ tempah dari kawan adik saya...

takdela jemput ramai2, just jemput cousins yang terdekat je...

birthday girl memotong kek dengan riangnya... 

Ni semua Ummi saya masak....
 
~ butter prawn~

~udang masak kicap~
Ummi saya masak sikit je butter prawn tu sbb baru belajar, first time buat, takut tak jadi

~sotong salut tepung~

~chicken boxing~
Ummi saya belajar buat dari adik dia a.k.a Achik saya kat Sentul (bekas chef)

Menu tambahan:

 French toast

 Mushroom Soup
guna Campbell's je....




Photobucket

Thursday, March 3, 2011

Dah lama tak masak...

Ye, dah lama dapur saya tak berasap. Last sekali saya masak, hari Isnin lepas. Tu pun masak satu lauk je untuk bawak bekal makan kat rumah FIL. Malam tu dinner kat sana, makan hasil pancingan FIL, ikan keli yang sangat besar. Diorang bakar je. Bertambah selera lagi makan sayur bayam yang FIL tanam sendiri. Puas sangat.

Reason saya dah lama tak masak. Saya dah semakin keletihan. Kandungan pun dah masuk 28 minggu last week. Sejak 'bertungkus lumus' melayan tetamu-tetamu yang datang dari jauh, saya terlalu keletihan. Petang balik kerja mesti tertidur terus. Pulak tu En.Hubby balik lambat & selalu makan kat luar (ada supplier belanja, etc...), Ummi saya pun kesian kat saya dan ajak saya makan kat rumah dia ja. Nasib baik la umah parents bersebelahan je. Terjaga la jugak makan minum mak buyung ni dan juga my little Anas tu, hehe...

Tapi malam ni En.Hubby balik awal kot. Kena la gi Pasar Malam balik kerja karang sbb dalam peti sejuk kat umah dah takde barang mentah.

Oh ya, Jumaat lepas saya masak laksa khas untuk rai besday En.Hubby. Sememangnya faveret dia laksa. Dah lama dia request suh saya masak laksa lagi. So, sempena besday dia, saya masak la jugak. Selain tu saya tempah Blueberry kek dari kawan saya dan surprise kan En.Hubby malam besday dia tu. Saya letak kek dalam peti sejuk. Lepas tu saya mintak tolong dia amikkan air sejuk untuk saya. Padahal saya tak rasa nak minum pun. Bila dia buka peti sejuk, dia happy la... Hehe... Menjadi surprise saya untuk dia... ~Gambar takde pla, huhu...~

Then, hari Sabtu saya buat cucur jagung untuk sarapan, jamu kawan2 En.Hubby yang ramai2 datang bermalam di rumah kami. Tengahari kami makan kenduri. Malam tu saya dah prepare nak masak tapi masa Maghrib tu saya dah tak mampu nak berdiri lama2. Rasa sakit sangat kat bahagian bawah perut. Mungkin saya terlalu keletihan langsung tak berehat dari pagi. So, malam tu En.Hubby bawak kawan2 dia makan luar je, huhu, kesian diorang...



Pagi hari Ahad, before diorang balik, saya gagahkan diri buatkan sarapan bihun goreng. Tapi bihun goreng saya agak kurang menjadi hari tu, sedihnya... Terkurang air kot, bihun keras...


Tengahari plak, beli lauk je tapi ajak kawan2 ramai2 makan kat rumah, aci tak? Hehe... Petang tu makan RFC, dan lepas Maghrib tetamu terakhir bertolak balik ke Perak.


Photobucket