Tuesday, January 25, 2011

Sepetang di dapur...

Sepatutnya Ummi kena banyakkan rehat sekarang. Hari Khamis lepas gi jumpa gynae refer masalah Ummi ni. Kan sejak kandungan masuk 20 weeks, Ummi dah mula rasa sakit sangat kat bawah, susah nak bergerak. Masa Anas dulu, 32 weeks baru rasa sakit camtu...

Jumpa Dr.Annuar Husainy, die ckp tulang pelvis Ummi kiri dan kanan dah lembut. Ummi cakap la kat dia, masa Anas dulu 32 weeks baru rasa. Dia cakap tu la, setiap kandungan takkan sama tapi tu la, awal plak tulang pelvis Ummi dah lembut pregnant kali ni. Dia kata, mmg takde ubat & takleh watpe except kena banyakkan rest.

So, dia suh Ummi banyakkan rehat, jgn buat kerja berat, jangan angkat berat2. Sampai bila? Sampai bersalin... Huhu...

Tapi kita orang perempuan ni, bukan setakat kerja kat ofis, kerja kat umah lagi nak kena setelkan, tul tak? Kalau dapat MC tu, just rest dr kerja ofis la. Kerja umah? Mr.Hubby terima ke MC kite tu, hehe... Tambah plak Ummi ni, time kerja Abah tak menentu. Kadang2 weekend kena kerja, balik ofkos la lepas kul 8 baru sampai umah. So, cmne la Ummi nak rest?

Tapi bab masak mmg takleh rest pun. Kalau tak ape kami nak makan kan... Tapi sejak doc cakap Ummi kena rest ni, rajin la plak Ummi berlama2an kat dapur petang Jumaat lepas.
Alkisahnya Abah penat sangat, tido mati baru balik mancing kat Penang. So, dalam keboringan tu, Ummi kemas dapur. Tengok2 banyak plak kentang kat dapur ni. Taktau nak masak ape. Pastu teringin la plak nak buat karipap. Tanpa banyak bicara, kupas kentang, potong dadu. Kupas bawang. Ada udang dlm peti ais tp cam malas nak bg lembut dulu. So, guna kentang je buat inti karipap berlada. First time nak try buat inti kentang berlada ni. Sebelum (last time buat before kawen tau, haha) ni pakai kari je.


Menjadi jugak, tapi rasanya better taburkan lada masa kentang dah empuk dan air dah kering... Takpe next time cuba lagi... Lepas siap intinya, uli doh kulit karipap plak. Lepas tu bulatkan kecik2 dan biarkan sekejap.

Sementara tunggu tu, Ummi sempat buat pengat pisang plak (orang utara panggil serawa - read: seghawa pisang). Pun first time cuba buat. Tak berapa jadi sangat tapi boleh la makan.


Malam tu baru sambung balik buat karipap.

Nak tahu, petang tu disebabkan Abah terlalu penat, takleh nak layan Anas, Anas pun datang meneman Ummi kat dapur, lalu tertidur sambil minum susu. Betul tak caya, tengok gambar2 kat bawah ni... Sian die kan...


Tak namoak mcm tido kat dapur ek... Jap2, scroll bawah lagi...


Ha, nampak tak kaki meja makan?

Tong sampah & mesin basuh

Kasi clear sikit suasana dapur...

Sian Ummi tengok die sampai tertido kat dapur sbb nak teman Ummi. Siap bawak bantal die lagi... Anas ni mmg tak boleh tido sendiri. Pernah sekali tu dia amik bantal Ummi bawak ke dapur sbb nak ajak Ummi bum bum sekali padahal masa tu Ummi nak masak untuk dinner...



Photobucket

No comments: