Ni la karipap yang Ummi buat Jumaat malam tu, pagi Sabtu goreng je untuk breakfast... Bila nak makan je, aiyark! camne leh masin ni padahal masa masak rasa ok je... Kat mana silap ni... Sudahnye, cantik2 pun takleh makan gak... Sedih bangat!
Ni plak pengat pisang kali ke-2 Ummi untuk dibawa ke SGM. Kali ni baru jadi, belajar dari kesilapan semalam untuk hasilkan yang lebih baik lagi... Cumanya, sayang sangat Ummi tak jumpa pisang nangka. Kalau pengat pisang guna pisang nangka lagi sedap la...
Ni kiranya first SGM kami di Alor Setar utk tahun 2011. PC, Sis Hana Seman masih tak sihat, so topik bebas je untuk kali ni. Kami lebih kepada perbincangan masalah penyusuan utk ibu2 yang baru join SGM ni. Ummi banyak gak bertanya pada PC ttg persediaan nak breastfeed 2nd baby ni. Masa Abang Anas dulu kan, zero knowledge. So, kali ni harus dan wajib buat persediaan yang cukup dari awal lagi... Best sangat join SGM, mmg berguna la!
Abah tanya, best ke pi SGM ni? Huish, mesti la best! Abah tanya kenapa? Sebabnya kita sharing & caring ttg breastfeeding. Kalau kat luar kami tak dapat sokongan, kat sini kami happy sbb semua orang sokong & sembang & support breastfeeding semata2... Kami saling membantu, saling melengkapi, saling mendengar, meluahkan masalah dan kami dapat solution ttg permasalahan kami. Kami mendengar cerita dan pendapat orang lain. Walaupun kekadang kami tiada masalah, tapi bila dengar masalah orang lain, kami dah bersedia untuk menghadapinya..
ITULAH BESTNYA SGM KAMI!
Ahli baru & juga ibu baru (baby baru 3 bulan) - Syazly sedang berkongsi cerita. Sblm ni dia tak tahu langsung camne nak pam, perah & simpan susu. Alhamdulillah, dia jumpa group ni dan dia sangat teruja nak fully bf baby dia lepas ni... Kita sama2 doakan untuk dia ya!
Muka lama dan muka baru. Yang kat tengah bersama anak2 yang ramai itu ialah otai bf kami, Kak Yus - seorang lawyer. Dah 7 orang anak, kesemuanya fully bf tau! Ada plan ke no.8? - Good Luck Kak Yus!
Kiri sekali, PC kami, Sis Hana Seman - Kak Pah - Sis Mariani - adik Syazly & Syazly
See, kami happy sharing & caring pasal breastfeeding. Darikiri: Azan, ahli baru jugak - K.Rini owner Whizchini - tempat kami berSGM setiap bulan. Kanan sekali ni, Kak Nida - sejak Rifhan 8bulan dia jadi exclusive expressing mother sbb Rifhan reject direct feeding. Tapi dia tak pernah kenal erti putus asa. Chaiyok Kak Nida!
Ni la Rifhan
Firas yang sgt suka makan. Syok tau tgk budak2 suka makan ni, sbb my lil Anas makan banyak bila dia rasa nak makan banyak je, ada time & mood die la... hehe...
Anak Kak Pah yang kecil molek...
Ahli baru SGM juga, Amy
Healthy fully bf baby, anak Azan.
Kepada ibu2 di nluar sana, HAPPY BREASTFEEDING! Selagi kalian mampu, keep bf your baby. Dalam pantang mmg banyak cabaran. Insya'Allah for this baby, Ummi akan berusaha kuatkan semangat utk exclusive bf. Masa Abang Anas dulu mmg zero knowledge even target nak fully bf for 2 years... Sekurang2nya Ummi bersyukur sbb Ummi belum terlambat jumpa blog2 ibu2 yg fully bf ni... Lepas Ummi dah tahu, faham, mmg no more FM for Anas sampai la Ummi pregnant plak. Even skrg pun, Ummi mcm tak syiok bg Anas minum FM. Lepas ni kena educate org sekeliling lebih sket.
But Alhamdulillah, walaupun pregnant dan susu tak meriah cam dulu, walaupun sakit bila bf, Ummi masih mampu bf Anas lagi sekarang ni... Perjalanan kami dah hampir ke 22 months... Ada 2 bulan lebih lagi utk completekan hak Anas... Chaiyok Ummi!
P/S: Ummi sangat happy sejak semalam sbb dapat msg dr kawan Ummi. Alhamdulillah, Ummi bantu seorang lagi ibu baru dalam breastfeeding. Walaupun mak die suh die campur, die tetap bertekad nak banyakkakn susu untuk anak die... Alhamdulillah, tips2 yang Ummi bagi kat die sangat berguna kata dia... Ada kelapangan nanti Ummi share dgn semua... Good Luck Nor!
Doa buat semua ibu yang menyusukan anak dengan susuibu...
" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
** credit to ibu addin - Better u better world**
No comments:
Post a Comment