Tuesday, November 30, 2010

Resipi: Laksa Ummi

Suka suka hati je taruk nama Laksa Ummi kan. Eh, dah Ummi masak, harus la nama Ummi kan, hehe.... Hari tu ada yang request resipi laksa. Bagi Ummi setiap orang ni taste die lain2. Ada yang suka kuah cair, ada yang suka kuah pekat. Kuah laksa plak, setiap orang cara dia masak sangat berbeza2. Cara Ummi mungkin sangat berbeza dgn cara kawan2 semua. Rasa dia pun mungkin berbeza dgn yang korang makan kat kedai laksa yang sangat sedap dan femes. Tapi, inilah cara Ummi masak yang Ummi boleh kongsikan....

Tapi, kelemahan Ummi ni, Ummi main agak2 je bila memasak, tak reti nak sukat2. So, sukatan Ummi bagi ni sebagai panduan je k. Korang pun boleh main agak2 la nanti. Sebabnya, ada yang guna periuk besar, ada yang guna periuk kecik. Ada yang asam keping nye masam terlampau, ada yang kurang masam kan...

Kuah Laksa (utk 1kg ikan kembung *ada gak orang panggil ikan temenung kan?)

Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang baru (fresh) – siang molek2, cuci bersih2
15 biji cili kering – rebus (kalai nak pedas, lebihkan la)
4 ulas bawang besar
1 sudu kecil biji ketumbar
Belacan sebesar ibu jari kaki
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Garam
Air

Cara memasak:

  1. Rebus ikan dengan air yang agak banyak bersama asam keping dan sedikit garam. (Jangan buang air rebusan ya!)
  2. Bila ikan dah masak, sejukkan dulu kemudian baru perisi ikan tu. Amik isi ikan sahaja. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan tadi. (Tulang ikan pun jangan buang tau! Blend bersama air rebusan jugak)
  3. Sambil tu boleh siapkan bahan cili. Blend cili kering yg telah direbus bersama bawang, biji ketumbar & belacan. Kemudian masak di atas api (guna periuk besar utk masak kuah laksa tu siap2). Bukan tumis tau, tak perlu minyak langsung. Cuma masak je.
  4. Bila nampak cili dah agak masak, masukkan isi ikan yang telah di blend tu. Habiskan sume isi ikan. Then baru masukkan tapisan air tulang2 ikan tu. (Tapis, jangan tak tapis! Karang ada plak yang tercekik tulang ikan)
  5. Kemudian baru masukkan lebihan air rebusan ikan (tapis jugak ya!)
  6. Masukkan 3-5 keping asam keping, daun kesom, bunga kantan. Last sekali baru masukkan garam secukup rasa.
  7. Kalau nampak kuah agak pekat, tambah air. Bila dah mendidih, masak la kuah laksa kita.

*Ummi suka laksa halus. Tak suka sangat laksa yang besar.
*Bahan nak makan dengan laksa, wajib ada timun, bawang, daun selom, bunga kantan, cili api, telur rebus dan limau (nipis @ kasturi)
*Abah Anas plak, wajib ada kicap. Dan Abah Anas makan kuah laksa, dia amik yang paling atas, bila kuah tu mendap. Means, dia akan amik yang paling cair. So, kurang sket isi ikan tu. Dia tak suka kuah pekat2.
*Ummi plak paling suka kuah pekat2. Beza gak taste kami berdua, hehe...


Photobucket

Monday, August 16, 2010

Resipi: Bubur Lambuk



Salam Ramadhan, bulan Al-Quran... Berapa juzuk Al-Quran dah habis setakat hari ni, 5 Ramadhan? Ummi sempat habiskan 3 juzuk before Cik P dtg bertandang waktu Asar petang ke-2 Ramdhan... Lepas ni mmg kena pulun la...
Sebelum Nenda berangkat menunaikan umrah hari Jumaat lepas, Ummi sempat la tanya Nenda camna nak masak bubur lambuk. Nenda cuma ajar teori ja. Tak sempat nak belajar praktikal & amali, hehe... Tapi, ni bubur lambuk cara kami la, mmg tak taruk santan... Kami mmg kurang sikit makan santan. Gulai pun mmg tak taruk santan...

Ummi tade amik gambar sbbnya tanak letak gambar makanan di bulan posa ni, risau gak ade org terliur, haha... (bajet cam sedap sgt la bubur lambuk hari tu sampai orang nak terliur kan...)

Bahan-bahan: (Ummi masak mmg tak ikut sukatan, pakai agak je... So, sukatan yg diberikan ni utk memudahkan dan sbgai panduan je. Kalian agak2 jugak ek...)
(Untuk 4 orang makan)

1 cawan Beras
2 1/2 cawan Air (utk masak bubur)
1/2 sudu kecil Halba
3 batang Serai -dititik
1 ketul Halia (sebesar ibu jari kaki) - dihiris halus
1 genggam Udang kering
500g Udang basah/Ayam/Daging (ikut suka, ada orang guna ikan kembung jugak)
1/2 sudu kecil Biji lada hitam
Garam/Gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Masak bubur macam biasa. Campurkan dengan halba siap2... (Ummi masak guna slow cooker. Pagi2 before gi ofis, Ummi letak utk masak bubur siap2, auto mode. So balik petang dah boleh masak dah...)
2. Masukkan serai dan halia. Kacau.
3. Masukkan udang kering. Kacau.
4. Masukkan udang basah/ayam/daging. Kacau.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
6. Lastly baru masukkan biji lada hitam. (Ummi tak masukkan awal2 sbb nak asingkan part for Anas makan jugak)
7. Kalau nampak bubur tu agak pekat, tambahkan air sikit. Then, siap lah!

**Kalau nak taruk santan pun boleh, Ummi mmg tak berapa sangat makan santan ni...

Alhamdulillah, ptg tu masak untuk kami berempat makan, semua cakap sedap... So, petang ni nak masak lagi untuk berbuka puasa dengan Family-In-Law... Untuk Ucu Maya bawak balik ke asrama jugak...

Photobucket