Tuesday, November 30, 2010

Resipi: Laksa Ummi

Suka suka hati je taruk nama Laksa Ummi kan. Eh, dah Ummi masak, harus la nama Ummi kan, hehe.... Hari tu ada yang request resipi laksa. Bagi Ummi setiap orang ni taste die lain2. Ada yang suka kuah cair, ada yang suka kuah pekat. Kuah laksa plak, setiap orang cara dia masak sangat berbeza2. Cara Ummi mungkin sangat berbeza dgn cara kawan2 semua. Rasa dia pun mungkin berbeza dgn yang korang makan kat kedai laksa yang sangat sedap dan femes. Tapi, inilah cara Ummi masak yang Ummi boleh kongsikan....

Tapi, kelemahan Ummi ni, Ummi main agak2 je bila memasak, tak reti nak sukat2. So, sukatan Ummi bagi ni sebagai panduan je k. Korang pun boleh main agak2 la nanti. Sebabnya, ada yang guna periuk besar, ada yang guna periuk kecik. Ada yang asam keping nye masam terlampau, ada yang kurang masam kan...

Kuah Laksa (utk 1kg ikan kembung *ada gak orang panggil ikan temenung kan?)

Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang baru (fresh) – siang molek2, cuci bersih2
15 biji cili kering – rebus (kalai nak pedas, lebihkan la)
4 ulas bawang besar
1 sudu kecil biji ketumbar
Belacan sebesar ibu jari kaki
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Garam
Air

Cara memasak:

  1. Rebus ikan dengan air yang agak banyak bersama asam keping dan sedikit garam. (Jangan buang air rebusan ya!)
  2. Bila ikan dah masak, sejukkan dulu kemudian baru perisi ikan tu. Amik isi ikan sahaja. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan tadi. (Tulang ikan pun jangan buang tau! Blend bersama air rebusan jugak)
  3. Sambil tu boleh siapkan bahan cili. Blend cili kering yg telah direbus bersama bawang, biji ketumbar & belacan. Kemudian masak di atas api (guna periuk besar utk masak kuah laksa tu siap2). Bukan tumis tau, tak perlu minyak langsung. Cuma masak je.
  4. Bila nampak cili dah agak masak, masukkan isi ikan yang telah di blend tu. Habiskan sume isi ikan. Then baru masukkan tapisan air tulang2 ikan tu. (Tapis, jangan tak tapis! Karang ada plak yang tercekik tulang ikan)
  5. Kemudian baru masukkan lebihan air rebusan ikan (tapis jugak ya!)
  6. Masukkan 3-5 keping asam keping, daun kesom, bunga kantan. Last sekali baru masukkan garam secukup rasa.
  7. Kalau nampak kuah agak pekat, tambah air. Bila dah mendidih, masak la kuah laksa kita.

*Ummi suka laksa halus. Tak suka sangat laksa yang besar.
*Bahan nak makan dengan laksa, wajib ada timun, bawang, daun selom, bunga kantan, cili api, telur rebus dan limau (nipis @ kasturi)
*Abah Anas plak, wajib ada kicap. Dan Abah Anas makan kuah laksa, dia amik yang paling atas, bila kuah tu mendap. Means, dia akan amik yang paling cair. So, kurang sket isi ikan tu. Dia tak suka kuah pekat2.
*Ummi plak paling suka kuah pekat2. Beza gak taste kami berdua, hehe...


Photobucket

Monday, August 16, 2010

Resipi: Bubur Lambuk



Salam Ramadhan, bulan Al-Quran... Berapa juzuk Al-Quran dah habis setakat hari ni, 5 Ramadhan? Ummi sempat habiskan 3 juzuk before Cik P dtg bertandang waktu Asar petang ke-2 Ramdhan... Lepas ni mmg kena pulun la...
Sebelum Nenda berangkat menunaikan umrah hari Jumaat lepas, Ummi sempat la tanya Nenda camna nak masak bubur lambuk. Nenda cuma ajar teori ja. Tak sempat nak belajar praktikal & amali, hehe... Tapi, ni bubur lambuk cara kami la, mmg tak taruk santan... Kami mmg kurang sikit makan santan. Gulai pun mmg tak taruk santan...

Ummi tade amik gambar sbbnya tanak letak gambar makanan di bulan posa ni, risau gak ade org terliur, haha... (bajet cam sedap sgt la bubur lambuk hari tu sampai orang nak terliur kan...)

Bahan-bahan: (Ummi masak mmg tak ikut sukatan, pakai agak je... So, sukatan yg diberikan ni utk memudahkan dan sbgai panduan je. Kalian agak2 jugak ek...)
(Untuk 4 orang makan)

1 cawan Beras
2 1/2 cawan Air (utk masak bubur)
1/2 sudu kecil Halba
3 batang Serai -dititik
1 ketul Halia (sebesar ibu jari kaki) - dihiris halus
1 genggam Udang kering
500g Udang basah/Ayam/Daging (ikut suka, ada orang guna ikan kembung jugak)
1/2 sudu kecil Biji lada hitam
Garam/Gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Masak bubur macam biasa. Campurkan dengan halba siap2... (Ummi masak guna slow cooker. Pagi2 before gi ofis, Ummi letak utk masak bubur siap2, auto mode. So balik petang dah boleh masak dah...)
2. Masukkan serai dan halia. Kacau.
3. Masukkan udang kering. Kacau.
4. Masukkan udang basah/ayam/daging. Kacau.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.
6. Lastly baru masukkan biji lada hitam. (Ummi tak masukkan awal2 sbb nak asingkan part for Anas makan jugak)
7. Kalau nampak bubur tu agak pekat, tambahkan air sikit. Then, siap lah!

**Kalau nak taruk santan pun boleh, Ummi mmg tak berapa sangat makan santan ni...

Alhamdulillah, ptg tu masak untuk kami berempat makan, semua cakap sedap... So, petang ni nak masak lagi untuk berbuka puasa dengan Family-In-Law... Untuk Ucu Maya bawak balik ke asrama jugak...

Photobucket

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan tahun ini...

Alhamdulillah, Ummi bersyukur sangat2 sbb Allah masih beri peluang untuk Ummi berada di Madrasah Ramadhan sekali lagi tahun ni... Dan Ummi seronok sangat coz ni la Ramadhan pertama Ummi dengan Anas... Ni Ramadhan kedua Ummi dengan Abah tau tp ni la first time kami sambut Ramadhan sendirian kat rumah sendiri... Last year still Ramadhan kat umah Atuk & Wan kat Bukit Indah... Berdikari la kita tahun ni... Apa yang best sangat, 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, hari yang Ummi & Abah sama2 cuti... So, boleh la Ummi masak special untuk berbuka...

Memang dah niat nak masak special untuk Abah Anas tau... Abah dah request tengahari td... Ummi cakap nak masak sweet sour lah... Abah cakap, mmg kena dengan selera Abah nak berbuka... Pagi td Abah tak sempat gi market coz ada kawan Abah dtg umah... So, petang td baru Abah gi cari barang2 kat pasar malam... Abah beli ikan siakap untuk masak sweet sour... Tapi Ummi buat Siakap Masak 3 Rasa... Pastu buat sayur sawi goreng ja... Cukup la 2 lauk kan... Sengkak plak karang kalau masak, makan banyak2 berbuka ni... Then Ummi buat Puding Caramel... Hm, yummy...

Tengah masak2 tu, Mak Ngah & Ateh datang hantar juadah lagi... Wan kirimkan kueyteow goreng & lepat pisang... Huhu, terharu... Smlm de call Wan ckp Ummi sedih tahun ni puasa sendiri, takut tak reti nak buat sendiri... ekeke... manja tul... Tapi Ummi boleh je kan... Kite tgk plak hari Ummi keje nanti cmne... Minggu pertama ni mungkin terpaksa 'tunjuk2' dulu coz Abah sampai umah lewat... Anas plak selalu tak bagi Ummi masuk dapur tinggal Anas sorg2 kat depan... Nangis kuat je bila kena tinggal... Dah tu cmne Ummi nak masak petang2...

Start minggu kedua, bila Abah dah keje sama ngan Ummi leh la Abah tolong jaga Anas sementara Ummi masak kat dapur kan... Suke2... Hihi...

So, ni la juadah berbuka tadi...

...kesemua hidangan...

...ikan siakap 3 rasa & sayur sawi goreng...
Ikan tu Ummi buat sekor terus coz Abah Anas ni sangat suka meratah... Sayur tu plak Ummi buat sikit, bajet utk Ummi sorang je makan coz Abah Anas kurang makan sayur...

...kueyteow goreng & lepat pisang...
Yang ni tak sempat makan lagi, boleh simpan utk sahur esok, kan...

...puding caramel & kurma...
Ummi wat puding ni main agak2 je... sekali manis daa... tapi licin gak coz lepas tarawih tadi Atuk, Wan, Ateh & Ucu datang... Hehe...

Tapi, masa buka puasa, Ummi makan kurma sebiji, puding 1 slice & air je... Then Ummi solat Maghrib dulu. Lepas Maghrib baru makan nasik, tu pun makan sorang2 je... Sedih2... Nak tahu nape... Sebabnya Abah Anas tak sihat plak... 2 jam before berbuka tadi, Abah dah muntah2... Masuk angin la tu, seharian puasa... Tak pernah2 jadik camni dia kata... Mungkin sebab dah lama tak puasa... Ummi ok je coz Ummi ada puasa before masuk Ramadhan... Ummi BF Anas pun takde masalah, Alhamdulillah... Harap2nya susu Ummi masih banyak sepanjang dan selepas Ramadhan ni... Ameen...

Photobucket

Monday, July 14, 2008

Resipi: Kuey Teow Kung Fu



(huhu… ni pinjam gmbr dr blog org… sy lupa nk amik gmbr lps masak smlm, sbb syok sgt tgk family sy habiskan kueh teow kungfu sy tu… sy masak smlm refer resipi dr majalah mingguan wanita. terkantoi plk dgn ayah sy… hehe… dia ckp, “lor! br nk tgk resipi!”…. lps makan tu dia ckp, “pandai sungguh org yg buat resipi ni kan, sedap sungguh!” haha… smlm mmg refer resipi majalah, tp resipi yg sy share kt sini, sy adjust la sket sbb smlm pun sy xtgk sgt mjlh tu sbnrnya, cm nk tgk bhn2 ape yg kena pakai je… yang pastinya my hubby akan bertambah gemuk la lps ni sbb smlm dia makan bertambah2… hehe…)

(untuk 6 orang)
600 g Kueh teow
6 biji Telur
(Pecahkan telur, kacau & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar)

Bahan-bahan kuah:
Sedikit Minyak masak
3 ulas Bawang Putih (pecahkan)
Halia (sikit je, tu pun klu nak masukkan ayam dlm kuah) - hiris nipis
1 batang Serai (dititik)
300 g Udang (sederhana besar) - direbus sbb nk guna air udang ni
100 g Sotong - potong kecil
100 g Ayam - sama la, potong kecil
Sayur-sayuran (Bunga Kobis, Kobis, Sawi, Sweet Baby Corn, Carrot, Kulat, Batang Sadri)
- serba sikit je tau, nnti penuh sangat plak…
Secawan Air (kalau nk kuah lebih, lebihkan air la… takpun, lebihkan air dlm air rebusan udang)
1 sudu Tepung jagung (dibancuh)
Lada sulah & Garam (secukup rasa)

Cara memasak:
Tumis bawang, halia & serai hingga kekuningan.
Masukkan udang, ayam & sotong.
Agak-agak dh masak tu, masukkan air rebusan udang.
Masukkan sayur-sayuran (api kena perlahan, tak nak sayur jd layu sgt).
Masukkan air bancuhan tepung jagung, garam & lada sulah.
Bila dh mendidih, tuang atas kueh teow td.
Lepas tu, boleh dihidangkan & Selamat Menjamu Selera…..

Photobucket

Friday, July 4, 2008

Resipi: Ayam Panggang Sos Kapitan


Bahan perapan:
Seekor Ayam
1 camca kecil Lada sulah
1/2 camca kecil Garam

Bahan sos:
300 g Minyak masak
100 g Bawang merah kecil (dikisar)
30 g Bawang putih (dikisar)
1 inci Halia (dikisar)
1 inci Kunyit hidup (dikisar)
8 tangkai Cili kering (dikisar)
1 batang Serai (diketuk)
1/2 inci Belacan (dibakar & dihancurkan)
5 helai Daun limau purut
1 cawan Santan pekat
5 biji Buah keras (rendam hingga lembut & dikisar)
2 camca besar perahan Limau nipis
Garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Mula2, perap dulu ayam dengan garam & lada sulah, then panggang ayam td setengah masak.
  2. Sambil2 tu, tumis bahan2 yg dah dikisar td.
  3. Bila dh naik bau & dh pecah minyak, masukkan bahan2 lain & air.
  4. And then, masukkan santan & serbuk belacan & gaul hingga rata.
  5. Bila dah mendidih, masukkan ayam yg telah dipanggang tu.
  6. Tunggu sampai masak & sedia utk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
p/s: my hubby dh rasa n dh komen… dia ckp sedap tp dia lebih suka klu manis sikit… so, org tambah gula sikit je… cuba la ye! rs mcm rendang sikit, yg bezanya, ayam tu dipanggang dulu… sedap!
ops! resipi ni dr majalah Mingguan Wanita… org masak x ikut sgt cr dia… x reti masak nk kena timbang2 dulu… haha… so, org pakai agak je… alhamdulillah mmg sedap….

Photobucket

Wednesday, November 14, 2007

Resipi: Nasi Ayam

dscn1234.jpg
sedap kan nasi ayam…ramai org suka makan nasi ayam…klu pandai buat sendiri, lg bagus…baru puas hati makan mknn hasil air tangan sendiri…baru la ada org sayang… =) senang je nak buat nasi ayam ni…first of all, kena masak sup ayam dulu…
bahan utk sup:
1 ekor ayam
4 litre air (pakai banyak air sbb kuah sup tu nak guna banyak)
1 paket rempah sup adabi (serbuk) - bancuh dgn air suam
5 ulas bawang merah - tumbuk
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - potong dadu
halia sebesar ibu jari kaki - tumbuk
lengkuas sm besar mcm halia - tumbuk
2 batang serai - tumbuk sikit
1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang n 2 buah pelaga
garam secukup rasa
Cara memasak:
panaskan minyak dlm periuk, kemudian tumis la bahan yg telah ditumbuk bsama bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang n buah pelaga. dh naik bau, masukkan rempah sup yg tlh dibancuh… bila agak kering, masukkan air sikit n masukkan ayam…air tu biar paras menenggelamkan ayam tu je… biar rempah2 sup sebati dgn ayam…lps tu baru la masukkan semua air tu…masukkan garam secukup rasa…lps dh masak, toskan ayam, letak tepi… pastu sedia la nak masak nasi plak…
sebelum tu perap ayam yg telah diasingkan tu dgn kicap…
bahan2 utk nasi:
4 pot beras (ni ikut la nak hidang utk brapa org.klu rumah kami 4 pot utk 8 org makan)
3 ulas bawang merah - diracik halus
1 ulas bawang putih - diracik halus
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang n 2 buah pelaga
2 sudu marjerin
sup yg telah dimasak tadi
1 batang carrot - diparut
sedikit kismis
cara memasak:
basuh dulu beras tu… kemudian panaskan marjerin dlm periuk nasi, tumis bawang2 bsama kulit kayu manis, bunga lawang n buah pelaga…dh tu, masukkan beras…gaul sampai beras sebati dgn bhn tumisan…pastu masukkan sup… (kena measure betul2…klu 4 cawan beras, guna 4 cawan sup jugak.. cawan yg sama tau!) pastu biar nasi masak dulu…bila dh agak nk masak, masukkan carrot n kismis…gaul n biar nasi masak…
lauk nasi ayam ni, ayam, sayur2 cili n kicap…
bahan2 utk cili:
10 biji cili merah masak (buang biji sikit2)
3 ulas bawang putih
air sup td
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit kismis (goreng dulu biat dia lembut)
bahan2 yg diatas ni semua blend sekali, lps tu masak atas api…bila dh masak, taburkan bijan yg digoreng tanpa minyak…(just sbg hiasan)
okey, sambil2 tu boleh la goreng ayam…ingat x kita perap ayam dgn kicap, air lebihan tu jgn buang…bleh guna balik tu..
bahan2 utk kicap:
1 cawan kicap cair
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
sedikit air
garam la skit klu kicap tu kurang umph, masukkan garam…klu dh sedap, xperlu la garam..
air lebihan perap ayam td
masak sume bahan2 atas api…
sayur2:
salad
timun
tomato
okey dh siap dah… hiaskan mengikut citarasa korg memasing n hidangkan la…

Photobucket

Monday, November 12, 2007

Resipi: Sotong Goreng Tepung

dscn1198.jpg


bahan2:
500 g sotong
2 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
sedikit serbuk kunyit, garam, serbuk kari
1 biji telur
minyak masak lah….



Cara membuatnya:
1. sotong dibasuh betul2 n dibuang kulit (untuk elak dia meletup2 dlm kuali. kepala sotong pun, kena buang mata n dakwat….nnti meletup, ada plak yg msuk spital)
2. campur tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari n garam, gaulkan sampai rata…
3. pecahkan telur n pukul mcm nk buat telur dadar…
4. celup sotong dlm telur n kemudian celup plak dlm tepung n terus masuk kuali… jgn lupa panaskn minyak dulu…hehe…api sederhana ja…nnti tepung masak, sotong liat plak x masak…

Photobucket