Monday, April 30, 2012

Kek Karamel Pelangi




Assalamualaikum... Hari ni curi2 masa jap nak post kan resipi Kek Karamel ni sbb ramai sgt request kan... Actually, resipi ni bukan saya punya, saya pun cari dari internet dan jumpa dlm blog orang jugak. Tapi resipi asal, dari FB Puan Munira Baharom kalau tak salah... Alhamdulillah, murah rezeki Puan Munira Baharom ni...
Mula-mula baca resipi ni, dok fikir cam susah jugak nak buat ni... Tapi sekali buat, rasa cam nak buat lagi, n nak buat lagi, hehe...
Saya mula kenal kek karamel ni dari kawan2 di blog dan fb la jugak. Teringin nak rasa tp tak jumpa sape2 buat n jual kat sini, tu yang teringin nak buat sendiri. Setelah bertangguh agak lama (sbb mula2 baca resipi kan rasa cm susah je nak buat), akhirnya saya cuba juga buat. percubaan pertama kek karamel terus jadi, Alhamdulillah. Cuma first timer masa tu belum pandai nak belangkan warna kek tu, dan warna yg digunakan berlebihan sedikit. Dua hari lepas tu, saya cuba buat kek yang kedua. Alhamdulillah, dah puas hati sikit walaupun teknik membelangkan kek belum sempurna. Dua hari kemudian, sy buat lagi, kali ni ajar 'adik' saya plak. Alhamdulillah, puas hati tgk hasil die...
Buat kawan-kawan yang nak resipi, sy google banyak resipi tp semuanya lebih kurang je.
Resipi Kek Karamel Pelangi
Bahan A (Gula hangus) +Kaedah
2-4 sudu besar gula biasa
*Cairkan gula dalam loyang dgn api perlahan, bila gula dah cair, ratakan ke seluruh permukaan loyang dan ketepikan. Gula akan mengeras bila sejuk
Bahan B (Karamel) + Kaedah
1 cawan susu cair (250ml)
3 biji kuning telur
70 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
*Kacau perlahan semua bahan ni (jangan sampai berbuih) dan tuang secara menapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

Bahan C (Meringue) + Kaedah
6 biji putih telur sahaja
70gm gula kastor (saya kurangkan jugak sedikit)
1tsp cream of tartar
*Putar dengan kelajuan maksima semua bahan di atas sehingga kembang dan kental.

Bahan D (Lapisan Kek) + Kaedah
140gm Tepung Gandum
1 tsp Baking Powder (kalau ikut resipi asal, guna sudu KFC)
*Ayak dan ketepikan
3 biji kuning telur
70gm gula kastor (saya kurangkan jadi 60gm)
135 ml air
50ml minyak jagung
*Pukul semua bahan di atas sehingga kembang, kemudian masukkan tepung dan baking powder yang diayak, Kacau sebati. Pastikan tepung tak berketul (sbb ada yg mengadu kat saya tepung berketul dan kek keras. Saya kacau guna whisk)
*Kemudian campurkan bahan C ke dalam bahan D secara kaedah kaup balik sahaja. Cukup sekadar adunan itu sebati bersama.
*Bahagikan adunan kepada 3, warnakan dan perisakan mengikut citarasa masing-masing.

STEP BY STEP + TIPS
Sebelum mula apa2, senyum dan baca Bismillah dulu, (",)

Step 1: Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu.
Tip 1: Gunakan telur yang disimpan di dalam peti sejuk, lebih mudah untuk diasingkan. Tapi biarkan telur dalam suhu bilik sebelum digunakan. (Semua bahan pun haruslah dalam suhu bilik termasuk susu)
Step 2: Bahan A + Kaedah(*)
Step 3: Bahan B + Kaedah(*)
Step 4: Bahan C + Kaedah(*)
Tip 2: Untuk meringue, pastikan dalam putih telur tak ada setitik pun kuning telur masuk ke dalam nya. Pastikan juga, bekas yang digunakan bersih dari sebarang titisan air atau kesan minyak. Kalau tak meringue nye tak jadik.
Tip 3: Kalau nak tahu meringue jadi ke tak, bila diangkat pemutar, kite akan nampak meringue tu bertanduk tajam di hujung. Dan lagi satu, kalau kita terbalikkan bekas pun, meringue nye tak jatuh. Cuba la buat! (",)
(Cuba close up kat 'tanduk' tu)

Step 5: Tuang meringue ke dalam bekas lain. Tanpa perlu dibasuh bekas, teruskan dengan Bahan D + Kaedah(*)
Step 6: Panaskan oven pada suhu 180°c (agak2 dalam 10 minit sebelum bakar kek) dan masak air atas dapur (klu korg guna electric kettle, gune je la, hehe) - ada juga yg terus panaskan air dalam loyang yang lebih besar di dalam oven terlebih dahulu.
Step 7: Gunakan 3 senduk sama besar, ceduk adunan warna 1, tuang di tengah2 loyang (lapisan kek takkan tenggelam dalam lapisan karamel, Insya'Allah. Dan jika adunan tu lari, tarik je ke tengah balik). Kemudian ceduk warna 2, tuang di tengah2 adunan warna 1 tadi, kemudian ceduk warna 3 dan tuang di tengah2 adunan warna 2 tadi.
Step 8: Ulang ceduk ketiga2 warna sehingga habis.
Boleh tengok video di sini. Video ni dari senior saya dan juga sifu saya dalam pembuatan kek karamel ni, Kak Fazlinil Irma. Thanks a lot Kak Ema.
Saya pun belum la expert lagi dalam melapis kek ni. Tapi ilmu yang ada, kita shere je, hehe...
Step 9: Ambil loyang yang lebih besar dari loyang tadi, tuangkan air panas menggelegak tu dalam loyang besar. Kemudian, masukkan loyang kek ke dalam loyang besar. *Masa masukkan loyang kek dalam loyang besar berisi air panas tu, kita akan dengar bunyi crack dari lapisan gula hangus yang keras tu. **Ini kaedah steambake sbb nak elakkan lapisan gula karamel hangus dalam oven.
Step 10: Kurangkan sedikit suhu oven (160°c - 180°c) *suhu ni pun bergantung pada oven masing2.* Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar guna api bawah sahaja selama 45 minit pertama. 15 minit terakhir baru buka api atas bawah. Tapi boleh juga terus guna api bawah sahaja selama 1 jam.
Bila dah masak, tutup api oven, buka sedikit pintu oven, biarkan kek turun, mendap dan kecut dengan sendiri di dalam oven, agak2 kek dah mendap tu, keluarkan kek dari oven dan biarkan suam. Bila dah suam baru terbalikkan kek dari loyang. Masa ni mmg dup dap dup dap nak tgk kek karamel ni jadi ke tak, hehe... Samada kita akan senyum happy atau sedih bila tgk karamel tak jadik. Jangan sedih2, cuba buat lagi, study balik kat mana silap...(Pesan kawan saya Ashila Izz, jgn terbalikkan awal sangat nanti lapisan karamel pecah2...) Simpan dalam peti sejuk dulu, makan sejuk2 baru sedap...
ni first attempt, mmg tak jadi kat belang2 tu n warna terlebih, tapi hasilnya seperti di bawah




Yang kat bawah ni plak 2nd attempt,skill nak belangkan tu masih kena practice...

Hasilnya... (SENYUM)

SELAMAT MENCUBA!
Photobucket

Tuesday, February 28, 2012

Udang Galah Masak Sos




Punya la lama peram gambar ni sebelum post resipi nye ke blog. Dok tayang membuatkan orang terliur kat fb je. Hari ni saya share resipi ya... Sangat simple resipi ni. Yang bujang pun senang nak masak, wanita yg bekerja n beranak kecik macam saya pun senang nak masak menu ni. Tapi kalau susah cari udang galah tu, tak dapek den nak nolong. Sebabnya pak mertua den suka mancing udang galah ni. Tapi jangan risau, guna udang biasa pun boleh. Cam suami saya, die suka gi pasar cari udang laut besar2 tapak tangan tu.


(alamak, dah lama saya masak ni, sampai dah lupa berapa banyak saya guna, saya agak2 je ni tau...)


Bahan-bahan: 
6 ekor Udang galah [digoreng biasa (gaul garam kunyit) terlebih dahulu]
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 sudu besar cili kisar (kalau xde pun takpe tapi lebihkan sos cili)
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Sedikit gula dan garam
Daun sup atau daun ketumbar sebagai hiasan (daun ketumbar lagi sedap bau dan rasanya)

Cara memasak:
  1. Goreng udang sehingga masak, angkat dan tos dulu.
  2. Gunakan sedikit minyak gorengan udang tadi utk tumis bawang. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar, tumis sehingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kalau agak pekat, masukkan sedikit air. (jangan la terlalu cair, dan jangan terlalu pekat).
  4. Kemudian, perasakan dgn gula dan garam secukupnya.
  5. Masukkan udang, dan gaul rata. Taburkan daun sup/daun ketumbar.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!


Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Capati Cinta Hatiku

Mood bahagia nak buat capati bentuk hati, khas untuk suamiku.



Resipi dan cara buat capati di sini
Photobucket

Strawberry celup coklat


Hidangan istimewa untuk kawan2 saya yang datang ke rumah 22 October 2011 yang lepas. Hasil tangan kawan2 saya jugak...

Tuesday, October 25, 2011

Resipi: Ikan Masak Steam Limau

Entri ini ditaip dari iPhone4 dan laptop. Gambar ni di capture & di edit dari iPhone4. Sangat puas hati... (^_^)



Ni seminggu lepas punye menu, hehe... Bukanlah bermakna saya dah lama tak masak. Ye, memang sangat jarang dapat memasak skrg ni. Sbb umah mak sendiri & mak mertua dekat je. Kadang2 dapat invitation makan kat rumah diorang, kadang2 dapat lauk. Pastu bila dah masak sendiri, malas la plak nak amik gambar. Dan kadang2 masak yang simple2 je.

Menu ni requested by my beloved hubby. Malam tu die gi main badminton. Anak2 plak tido awal, tak kacau saya kat dapur, boleh la masak special sikit & sempat la nak amik gambar before kena ngap, hehe...

Resipi ni saya cedok dari My Resipi, thanks you so much la pada tuan punya resipi ni. Saya alter sikit ikut cara saya.


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

1 ekor ikan saiz besar - (ikan bawal, ikan siakap, ikan jenahak, ikan gerut-gerut sedap la buat masakan ni)


Bahan A (tumbuk):

1 ulas bawang putih
1cm halia

Bahan B (hiris):

3 batang serai
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 tangkai daun bawang
Bunga kantan
2 helai daun limau purut
2-3 tangkai daun sadri

Bahan C:

1 labu bawang jeruk - potong 4 (hari tu xde plak bawang ni tp makan kat kedai ada bawang jeruk ni, mmg lagi sedap)
5 biji limau kasturi-ambik airnya
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa masakan - (optional)
1 sudu besar minyak masak
2-3 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan A. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus.
  2. Satukan bahan B & bahan C di dalam mangkuk, gaul sama rata dan tuangkan ke atas ikan. Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong.
  3. Hiaskan dengan hirisan limau kasturi (2-3 hiris pun cukup, nak bagi naik bau wangi je) dan daun ketumbar (ni pun utk naikkan bau sedap).
  4. Kukus sehingga masak
Sedia dihidangkan. Sedap hidang panas-panas. SELAMAT MENCUBA!


Photobucket

Sunday, August 7, 2011

Resipi: Perencah Perapan Ikan Bakar/Ayam Bakar

Rezeki Ramadhan, Alhamdulillah....

Hari Jumaat hari tu ade tukang yang buat kabinet dapur kat umah PIL saya bagi ikan rohu 2 ekor, besar sangat dan sekor ikan talapia. Ni gara2 dok kongsi minat memancing dan tukang tu cakap die dah banyak kali dapat n makan ikan rohu & talapia. Kali ni dapat die bg kat hubby plk. Lepas tu kan, hubby bawak la ikan2 tu nak tunjuk kat FIL. Tak lama lepas tu hubby balik, bawak balik ikan rohu yang dah siap disiang (sekor je la sbb sekor lagi bg kat PIL), ikan talapia pun dah siap siang, tambah plak ikan siakap yang siap disiang jugak. Besar jugak la ikan siakap tu.

Hubby request petang Jumaat tu masak ikan siakap goreng sweet sour untuk berbuka. Niat nak kongsi dgn my mom kat umah sebelah tapi diorang nak gi berbuka puasa kat masjid. So, potong half je masak sweet sour. Tgh syok menggoreng ikan, hubby call ajak buka puasa kat umah PIL. So, ikan yang telah digoreng tu simpan la utk masak sahur plak...

Ikan Siakap

*Takde gambar yang masak sweet sour sbb masaknye pagi2 time nak sahur... =p

Bahagian ekor ikan dah selamat jadi juadah sahur. Tinggal bahagian kepala je ni. Petang semalam hubby request nak buat ikan bakar. Nak bakar ikan rohu & ikan talapia bg my dad rasa. So, dia suh wat rencah perapan awal2. So, petang semalam kami (sebenarnya hubby, my dad n my sis) berbuka puasa dgn ikan rohu bakar. Saya & my mom tak bape makan ikan darat nih... Ikan talapia plak buat makan sahur. Semalam saya buat rencah tu banyak. Teringat ada kepala ikan siakap lagi dlm peti ais, terus tuang rencah perapan kat ikan siakap. Sekarang masih lagi diperap dan hubby nak bakar petang karang.



Sebenarnya rencah nak perap ikan/ayam bakar ni saya dapat dr my MIL.

Ni resipi untuk 600g ikan ya..

4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 batang serai
2 inci halia
1 cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
Sedikit air
2 biji limau nipis (ambil air perahan)

Cara membuat:
Blend (kisar) semua bahan diatas. Perap ikan/ayam selama sejam atau lebih.

SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

Thursday, April 14, 2011

Pecal @ Gado Gado

Dalam sarat, saya tak boleh duduk diam walaupun sebenarnya saya memerlukan rest memanjang. Tapi mana lah boleh nak rest kalau dah perempuan yang bergelar isteri dan ibu. Dapur tetap menjadi teman setia. Harus masak jugak walaupun simple untuk suami tersayang.. Kesian tengok abang makan tak menentu. Alhamdulillah la dia pun tengah nak berdiet & tak berapa bagi saya masak. Sekadar yang simple pun sudah cukup untuk dia... Thanks Abang!

Ni menu lunch kami Jumaat lepas. Lambat benar saya nak pos ke sini. Saya cuma goreng ikan, buat kuah singgang dan pecal ni la selain sambal belacan faveret abang.





Bahan-bahan dia mudah sangat:

Sayur Kangkung (Layukan atas api)
Kacang Panjang (Rebus)
Tauge (Layukan atas api)
Timun (Hiris halus)
Tempe (Goreng dan potong kecil-kecil)
Tauhu (Goreng dan potong kecil-kecil)
Telur Rebus (Potong bulat)

Kuah Pecal - oleh kerana saya tak pandai buat, beli yang segera je.

Arwah nenek saya punya pecal sangat maveles. Mak Tok saya kat Kedah ni  amik resipi dia dan buat bisnes kuah pecal kat sini. Sangat laku! Arwah nenek saya pure Jawa...

Sedap makan dengan nasi ataupun makan macam tu je. Abang lepas makan dengan nasi, ratah plak... Memang sedap!

Photobucket