Thursday, March 3, 2011

Dah lama tak masak...

Ye, dah lama dapur saya tak berasap. Last sekali saya masak, hari Isnin lepas. Tu pun masak satu lauk je untuk bawak bekal makan kat rumah FIL. Malam tu dinner kat sana, makan hasil pancingan FIL, ikan keli yang sangat besar. Diorang bakar je. Bertambah selera lagi makan sayur bayam yang FIL tanam sendiri. Puas sangat.

Reason saya dah lama tak masak. Saya dah semakin keletihan. Kandungan pun dah masuk 28 minggu last week. Sejak 'bertungkus lumus' melayan tetamu-tetamu yang datang dari jauh, saya terlalu keletihan. Petang balik kerja mesti tertidur terus. Pulak tu En.Hubby balik lambat & selalu makan kat luar (ada supplier belanja, etc...), Ummi saya pun kesian kat saya dan ajak saya makan kat rumah dia ja. Nasib baik la umah parents bersebelahan je. Terjaga la jugak makan minum mak buyung ni dan juga my little Anas tu, hehe...

Tapi malam ni En.Hubby balik awal kot. Kena la gi Pasar Malam balik kerja karang sbb dalam peti sejuk kat umah dah takde barang mentah.

Oh ya, Jumaat lepas saya masak laksa khas untuk rai besday En.Hubby. Sememangnya faveret dia laksa. Dah lama dia request suh saya masak laksa lagi. So, sempena besday dia, saya masak la jugak. Selain tu saya tempah Blueberry kek dari kawan saya dan surprise kan En.Hubby malam besday dia tu. Saya letak kek dalam peti sejuk. Lepas tu saya mintak tolong dia amikkan air sejuk untuk saya. Padahal saya tak rasa nak minum pun. Bila dia buka peti sejuk, dia happy la... Hehe... Menjadi surprise saya untuk dia... ~Gambar takde pla, huhu...~

Then, hari Sabtu saya buat cucur jagung untuk sarapan, jamu kawan2 En.Hubby yang ramai2 datang bermalam di rumah kami. Tengahari kami makan kenduri. Malam tu saya dah prepare nak masak tapi masa Maghrib tu saya dah tak mampu nak berdiri lama2. Rasa sakit sangat kat bahagian bawah perut. Mungkin saya terlalu keletihan langsung tak berehat dari pagi. So, malam tu En.Hubby bawak kawan2 dia makan luar je, huhu, kesian diorang...



Pagi hari Ahad, before diorang balik, saya gagahkan diri buatkan sarapan bihun goreng. Tapi bihun goreng saya agak kurang menjadi hari tu, sedihnya... Terkurang air kot, bihun keras...


Tengahari plak, beli lauk je tapi ajak kawan2 ramai2 makan kat rumah, aci tak? Hehe... Petang tu makan RFC, dan lepas Maghrib tetamu terakhir bertolak balik ke Perak.


Photobucket

No comments: