Sunday, October 7, 2012

Rainbow Cake yg selalu diperkatakan orang akhirnya di Dapur Shira Shaakira


Setelah sekian lama menyimpan resipi dan beli 6 biji loyang utk buat rainbow cake ni, setelah berkali2 bertangguh, akhirnya smlm dapat jugak buat rainbow cake ni. Dengan 'bantuan' anak2, saya ambil masa hampir 4-5 jam untuk siapkan kek ni, huhu.... Anak2 saya, kalau sy kat dapur, diorang pun suka masuk dapur, saya buat kerja atas meja, diorg sepahkan barang2 bawah meja, huhu...

Ok lah, ni resipi yg sy ikut, ubahsuai sikit2... =p

Bahan-bahan:
5 biji Telur
200g Gula Kastor (next time sy nak kurangkan sbb smlm kek ni manis sgt)
1 1/2 tsp Ovelette
300g Mentega
1 tsp Esen Vanilla
280g Tepung Superfine - ayak
1 tsp Baking Powder Double Action - ayak
*25ml Fresh Milk
6 pewarna berlainan - Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru, Purple
*25g yogurt x 6 perisa berlainan (yogurt ni sy tambah dlm resipi ni)

Bahan Krim:
200g Gula Kastor (jadikan air gula pekat - masak atas api dgn sedikit air dan biarkan sejuk) - kena kurangkan amaun jugak ni sbb terlalu manis
2 biji Putih Telur
150g Mentega
150g Shortening

Cara membuat:
  1. Putar mentega hingga kembang, masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit dan ketepikan.*
  2. Putar telur, gula & ovelette hingga kembang dan putih.
  3. Satukan adunan 1 dan 2. Kemudian masukkan esen vanilla dan susu segar. Gaul sebati.*
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan & perisakan.
  5. Bakar adunan satu demi satu hingga habis. Setiap lapisan menggambil masa selama 10 minit pada suhu 180°c menggunakan loyang bersaiz 8".
Cara menyediakan krim:
  1. Putar telur hingga berbuih, masukkan air gula, putar lagi sehingga kembang.
  2. Masukkan mentega dan shortening. Putar hingga adunan kembang dan halus. Masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
  3. Sapu pada kek selapis demi selapis dan hiaskan kek.
KAEDAH & TIPS:
  • Ovelette bertindak sebagai penstabil buih dalam adunan kek. Ovelette perlu disimpan rapi dalam bekas kedap udara. Untuk digunakan dalam adunan kek, sebaiknya gaul ovelette dgn gula kastor terlebih dahulu utk mengelakkan ovelette berketul (tidak sebati dgn adunan).
  • Tepung dan baking powder ayak bersama.
  • Mentega pulak, saya suka gunakan mentega dalam pail atau tin sbb lebih wangi dan kek lebih gebu. Kalau you all guna mentega ketul tu, boleh tambah sedikit Butter Oil utk bagi wangi. Tapi untuk adunan krim, better guna mentega ketul tu sbb mentega dlm pail lebih lembut, tak sesuai utk menghias kek. (Smlm mentega ketul saya kehabisan sbb sy buat 2 adunan icing so sy campur sedikit mentega dlm pail, hasilnya icing sy terlalu berminyak dan tak terletak elok di keliling kek)
  • Pada yang bertanda * tu sy alter sedikit. Dalam resipi di atas xde yogurt. Tapi sy campurkan yogurt dan take out fresh milk tu. Pastu masa lepas putar mentega sampai kembang tu, resipi ni suh campurkan tepung siap2. Tapi sy cuma putarkan mentega, ketepikan then putar telur, gula+ovelette sampai kembang lepas tu sy campurkan adunan tu, putar sebati then baru masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya tak pasti hasilnya kalau terus campur tepung di step awal. Sbb sy dah biasa buat kek, tepung kena masukkan selepas masuk telur.
  • Oh ya, sebelum apa2, panaskan oven terlebih dahulu ya, at least 15 minit sblm masukkan kek. Yg expert mesti dah tahu. Tapi yg beginner mungkin tak alert kalau tak di ingatkan...
  • Bahagikan kek kepada 6 bahagian baru tambah warna dan yogurt. Untuk adunan resipi ni, smlm saya timbang, setiap adunan lebih kurang 168g.
  • Lepas kek dah masak, ia akan lekang sendiri dari tepi loyang. (Ops, jgn lupa griskan loyang dgn butter atau guna baking paper) Kek ni perlu dikeluarkan terus dari loyang. Terus je terbalikkan atas grill penyejuk kek tu (halamak, time ni la lupa nama dia).
  • Biarkan kek benar2 sejuk sebelum hias.
Oh ya, ada satu lagi resipi dan kaedah yg sedikit berlainan dari resipi dan kaedah di atas. Saya akan share dalam next entry. Sebenarnya saya google banyak resipi semuanya berlainan tapi masih hampir sama, hehe. Saya hanya pilih 1-3 resipi untuk dicuba. Tapi 1st cubaan ni pun semua org cakap sedap cuma terlalu manis so utk next time buat, kena kurangkan gula je la...

SELAMAT MENCUBA!

Photobucket

No comments: